Friday, 15 April 2011
cerita sahabat..
Teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungki n yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan. Teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.Sahabat pula adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah kerapdan familiar didengar "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman ataupun sahabat makan sahabat .Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman dan sahabat itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan. FIkIR-FIKIRKAn DAn SElAMaT BErAmaL.. tapI dalam kita bersahabat terlalu banyak yang kita alami.. itu sebenarnya yang mengajar kita erti kehidupan sebenar dalam persahabatan.. seorang teman pernah berpesan kepada diri ini.."beringatlah sahabat yang dianggapmu sahabat baik tidak mustahil akan menjadi duri dalam hidupmu" kala dan ketika ini baru aku sedar ada betulnya kata-kata teman itu, tapi kini berbalik pada diri ini pula terfikir semula segala yang buruk datang dari kita manusia dan yang baik datangnya dari ALLAh s.w.t. maka dapat disimpulkan disini manusia itu sendiri memainkan peranan.. keseluruhannya adalah dari HATI kita.. jadi ketulusan dan keikhlasan dalam nilai persahabatan bermula daRi HATI.. sUngguHHH~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment